BUDAYA BAPUKUNG MASYARAKAT MELAYU BANJAR
Bagi masyarakat melayu BANJAR, budaya berendoi mereka unik sekali. Kedudukannya nampak tidak selesa dan jika salah faham boleh ditafsirkan seperti mahu menjerat bayi. Sebenarnya, budaya yang dinamakan ‘Bapukung’ bukan sekadar untuk majlis cukur jambul tetapi dipraktikkan sejak dahulu sehingga ke hari ini.
Di mana sahaja, bayi diletak dalam buaian dalam cara yang sama menunjukkan budaya bapukung yang masih diamalkan.
Pelik melihat budaya ini kerana kedudukan bayi bukan dibaringkan dalam buaian tetapi diletak seperti sedang duduk dan seterusnya ada ikatan sehelai kain batik (Tapih Bahalai ) lain yang menjerut badannya di bahagian atas (bahagian leher). Walaupun keadaan bayi kelihatan amat menyeksakan, namun sebenarnya, keadaan sebegini menyebabkan bayi tersebut merasa selesa seperti badannya sedang didakap erat oleh Bondanya. Budaya bapukung sebenarnya satu kaedah popular untuk memberikan rasa selesa dan dakapan kepada bayi untuk membolehkannya tidur lebih lama tanpa rasa terganggu.
Menurut Ashmah Ramli , bayi seawal usia sebulan sudah boleh dipukung. Bayi akan merasa lebih selesa berbanding kaedah buaian yang biasa. Memang kelihatan seperti terseksa tapi sebaliknya bayi lebih selesa dan dapat tidur lama. Kanak-kanak sehingga usia sembilan bulan masih boleh dipukung. Cara membalut bayi mestilah kemas dan padat untuk membolehkan bayi merasa seperti dalam rahim ibu. Biasanya, orang Banjar akan membuat satu pondok kecil sekadar boleh memuatkan buaian bapukung dan sesuai dihayun ke depan dan ke belakang
Justeru, orang Banjar yang berkebun dahulu tidak ada masalah membawa anak bersama ke kebun dengan menggunakan bapukung. Pada kebiasaannya, ketika mendodoi anak dalam bapukung, ada nyanyian khusus yang digelar ‘dudoi lagu Banjar’. Asmah Ramli (2012)
mengatakan lagu yang dinyanyikan adalah seperti berikut :
“Yun ayun anakku ayun, ayun di dalam, dalam ayunan, lakas ba pajam, lakasi guring, umma aur banyak gawian.
Lailahaillallah Nabi Muhammad pasuruh Allah. Yuna dinana anakku guring, guring di dalam ayunan , anaku guring dalam Bismillah, jauh culas jauhkan dangki Kur ... semangat hidup baiman”.
Dodoian sekadar perlahan ke depan dan ke belakang tanpa perlu henjutan seperti buaian lain. Tidak sampai beberapa lama, matanya mula terpejam dan terlena. Menurutnya lagi, jika dibiarkan begitu, bayi itu akan terus lena tanpa perlu didodoi lagi.
Menurut temuramah yang telah dijalankan iaitu Encik Samsudin Bin Jilani berumur 62 tahun pula, beliau telah menceritakan serba sedikit mengenai masyarakat Melayu Banjar, Pukung adalah salah satu cara yang digunakan oleh orang Melayu Banjar khususnya bagi menidurkan bayi. Mereka akan membuat buaian menggunakan kain batik atau pelikat. Buaian ini akan dipanggil ayunan.
Bayi akan diletakkan di dalam ayunan dengan cara bayi tersebut akan berada dalam keadaan duduk dan kain tersebut akan diikat sehingga ke bahagian leher bayi tersebut. Oleh itu, bayi yang berada dalam pukongan hanya akan menampakkan kepala sahaja. Bayi yang berada dalam keadaan ini membolehkan mereka tertidur. Ini merupakan salah satu cara yang berbeza daripada masyarakat lain bagi menidurkan bayi.
Picture by : banaxillustration
Descriptions : Poscard and Stamp with Banjar Culture Illustration. Banjarese Culture lifestyle. Mengetengahkan budaya dalam masyarakat Banjar yang kurang dikenali segelintir masyarakat Malaysia. What your perspective on my method to promote the culture? Berikan komen dan pendapat yang bernas.
# FolksOfBanjar # bapukung
# banjarmalaysia
0 komentar:
Posting Komentar